Sabtu, 11 April 2009

sumber akhlak mulia


Al-Quran Sumber Akhlak Mulia.

Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku akhlak manusia.
Al-Quran menentukan sesuatu yang halal dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
Al-Quran menentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia.
Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik; justru itulah al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.

Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya.
Al-Quran melarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain.
Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan.
Al-Quran melarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.
Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada Beliau, mempunyai sangkaan baik terhadap Beliau.
Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.

Al-Quran juga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan.
Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Jelaslah bahwa al_quran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia dalam al-Quran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realitas dalam sejarah manusia sepanjang zaman.
Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.

Gambar dari http://www.flickr.com
cuplikan dari http://musajayyid.blogspot.com


*********************************